Berita Forex dan pasaran lain
Tinjauan Berita Minggu Hadapan / 23.08.2022 - 30.08.2022
Tinjauan Berita Minggu Hadapan / 23.08.2022 - 30.08.2022
Selasa, 23 Ogos
Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Jerman meningkat kepada 49.3 daripada 49.2 pada bulan Julai. Walau bagaimanapun, pesanan baharu menurun dengan kadar yang paling banyak untuk dua tahun kebelakangan ini disebabkan oleh harga yang lebih tinggi dan tahap inventori yang tinggi di kalangan pelanggan dan masalah rantaian bekalan yang berterusan.
Jualan Rumah Baharu A.S. (Julai) ialah indikator ekonomi yang mengukur jualan rumah baru yang siap dibina. Jualan rumah baharu di Amerika Syarikat menurun kepada 590,000 pada Jun 2022, iaitu di bawah jangkaan pasaran sebanyak 660,000. Pasaran perumahan semakin memperlahan kerana kenaikan kos gadai janji dan bahan binaan.
Rabu, 24 Ogos
Pesanan Barang Tahan Lama Teras A.S. MoM menunjukkan jumlah pesanan untuk barang tahan lama di Amerika Syarikat, tidak termasuk komponen pengangkutan (pesanan untuk kereta dan kapal terbang). Pesanan baru untuk barangan modal meningkat kepada 0.3% pada bulan Jun tahun 2022, kenaikan bulanan yang kedua berturut-turut. Ia petanda bahawa rancangan perbelanjaan perniagaan kekal kukuh walaupun kadar faedah dan inflasi lebih tinggi.
Khamis, 25 Ogos
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jerman QoQ ialah jumlah nilai semua barangan yang dihasilkan oleh negara . Ekonomi Jerman telah memperlahan pada suku kedua 2022 berbanding tiga bulan sebelumnya. Perbelanjaan isi rumah dan kerajaan membantu meningkatkan sumbangan, manakala imbangan dagang bersih memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi.
Indeks Iklim Perniagaan Ifo Jerman (Ogos) adalah indikator utama aktiviti ekonomi Jerman dan ia mengukur persekitaran perniagaan Jerman setiap bulan. Indeks itu jatuh kepada 88.6 pada bulan Julai, yang terendah untuk dua tahun terkini. Harga tenaga yang tinggi dan kebimbangan kekurangan bekalan gas memberi tekanan kepada ekonomi, yang sedang menuju ke arah kemelesetan. Indeks situasi semasa telah menyusut. Sentimen juga bertambah buruk dalam semua sektor: pembuatan, perkhidmatan, perdagangan dan pembinaan.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) A.S QoQ jatuh kepada -0.9% pada suku kedua. Indikator telah jatuh selama lima bulan berturut-turut. Ahli ekonomi telah memotong ramalan pertumbuhan ekonomi AS untuk tahun 2022 dan 2023, mengatakan bahawa prospek nampak tidak jelas. Ramalan ini diturunkan disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih lemah daripada jangkaan pada separuh pertama tahun 2022, penurunan kuasa beli isi rumah dan pengetatan dasar kewangan.