Berita Forex dan pasaran lain
Cara Berdagang Dengan NFP
Cara Berdagang Dengan NFP
Daftar Gaji Bukan Perladangan (NFP, Nonfarm Payroll) adalah bilangan pekerjaan baru di sektor bukan pertanian di dalam ekonomi AS. Indikator ini menunjukkan tahap penggajian tenaga kerja dengan mengukur bilangan pekerjaan, yang menunjukkan dinamik perubahan (peningkatan atau penurunan) berbanding dengan tempoh sebelumnya. Pengiraan tersebut meliputi pekerjaan daripada kira-kira 500 sektor ekonomi, seperti pembinaan, perdagangan, perkhidmatan perniagaan, pengangkutan, logistik, sektor kewangan, penjagaan kesihatan, pelancongan dan sebagainya. Pengiraan bagaimana pun tidak mengambil kira pekerja sektor pertanian, organisasi bukan keuntungan dan mereka yang bekerja sendiri.
Bila Data Ini Diterbitkan
Laporan ini diterbitkan oleh Jabatan Buruh AS setiap bulan. Data awalan dikeluarkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan pada pukul 12.30 (GMT) di laman Biro Statistik Buruh AS. Selain dari itu, penyiaran semula angka-angka ini boleh dilihat pada mana-mana kalendar ekonomi.
Cara Memahami Data
Pedagang menilai data yang diterbitkan berdasarkan kriteria berikut:
-
Jika data sepadan dengan ramalan atau nilai sebelumnya, maka kemeruapan mungkin rendah dan tidak disertai oleh pergerakan pasaran yang kuat dan langsung
-
Jika nilai NFP berbeza daripada ramalan sebanyak 100K-200K atau lebih pekerjaan, ini boleh menyebabkan kemeruapan yang tinggi dalam pasangan-pasangan yang menampilkan dolar AS
Perubahan data yang kuat boleh mencetuskan penyongsangan atau pengukuhan trend jangka panjang. Sebagai contoh, peningkatan jumlah pekerjaan menunjukkan pertumbuhan ekonomi AS, dan penurunan data NFP adalah petanda kemunculan krisis. Reaksi jangka panjang terhadap pertumbuhan NFP adalah pelemahan dolar AS terhadap sebakul matawang Forex utama. Reaksi jangka pendek hampir mustahil ntuk diramalkan disebabkan oleh lonjakan ketara dalam volatiliti, yang membawa kepada pencetusan banyak pesanan tertangguh dan aliran wang yang besar ke dalam pasaran dalam tempoh yang singkat.
Apakah Strategi Perdagangan Yang Boleh Digunakan
Apabila berdagang sempena berita, ada dua strategi yang boleh dipertimbangkan:
-
Pembukaan posisi (beli atau jual) sebelum penyiaran berita berdasarkan ramalan
-
Memasang pesanan tertangguh dalam kedua-dua arah dengan pesanan Ambilan Untung dan Renti Rugi yang telah diperkirakan. Apabila salah satu pesanan tertangguh terpicu, pesanan yang satu lagi harus dibatalkan
-
Variasi kedua-dua strategi di atas
Pasangan matawang yang terbaik untuk didagangkan semasa penyiaran data NFP adalah pasangan yang mengandungi dolar AS seperti EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, NZDUSD atau USDJPY.
Adalah perlu untuk memberikan perhatian kepada tingkah laku pasangan matawang beberapa jam sebelum berita disiarkan. Jika kemeruapan tinggi atau terdapat trend yang stabil, maka lebih baik untuk mengabaikan sahaja pasangan matawang tersebut. Adalah lebih afdal untuk memilih pasangan yang didagangkan dalam keadaan rata (tight flat) sebelum berita ini diumumkan. Biasanya, ia EURUSD. Punca kerataan di carta adalah peletakan pesanan menunggu oleh para pedagang lain, jadi harga sebenarnya sedang menunggu masa bila mana berita keluar.
Dengan pola yang rata, risiko kerugian berkurangan dengan ketara, kerana membuat pesanan tertangguh menjadi lebih mudah:
-
Buy Stop di atas had atas zon rata
-
Sell Stop di bawah had bawah zon rata
Daripada contoh ini, anda boleh melihat apakah pergerakan pasangan matawang yang boleh terjadi sekiranya NFP disiarkan lebih tinggi daripada ramalan.
Berdasarkan statistik perubahan sejarah harga ketika penyiaran berita NFP, reaksi pasangan matawang utama kelihatan seperti ini:
-
50-100 poin – pergerakan purata, paling kerap berlaku
-
100-150 poin - jauh lebih jarang terjadi, tetapi ini adakalanya berlaku
-
150-200 poin atau lebih - reaksi yang sangat mungkin, jarang berlaku, tetapi berbaloi dipertimbangkan
Angka-angka ini perlu diberikan perhatian bila mengira pesanan Ambilan Untung dan Renti Rugi. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan keadaan pasaran semasa. Di waktu ekonomi dilanda krisis, data statistik mungkin berbeza dengan nilai sejarahnya.
Oleh itu, untuk mengira untung dan rugi dengan betul, gunakan petua umum:
-
Gunakan analisis teknikal untuk menentukan aras-aras perdagangan dan sempadan saluran (channel borders)
-
Gunakan nisbah rugi-untung klasik seperti 1:3, 1:2 atau 1:1.
Selamat berdagang dan semoga anda untung besar!