Berita Forex dan pasaran lain
Cara-cara menetapkan Renti Rugi dan Ambilan Untung
Cara-cara menetapkan Renti Rugi dan Ambilan Untung
Renti Rugi adalah pesanan tertangguh untuk menutup posisi apabila pasaran sudah mencapai aras harga tertentu. Ia mengurangkan jumlah kerugian jika pasaran bergerak dalam arah yang bertentangan dengan aspirasi suatu urusniaga. Pesanan mesti ditetapkan di bawah posisi yang sedang aktif apabila membeli, dan di atas apabila menjual aset.
Ambilan Untung adalah pesanan tertangguh yang menuai keuntungan apabila harga bergerak searah dengan urusniaga. Pesanan mesti diletakkan di atas posisi yang sedang aktif untuk urusniaga beli, dan di bawah untuk urusniaga jual.
Pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung yang dikira dengan betul meningkatkan keuntungan total perdagangan dengan ketara. Kerugian "pesanan stop" yang diletakkan terlalu jauh dari posisi aktif mungkin tidak dapat ditampung walaupun dengan sejumlah besar perdagangan yang untung. Renti Rugi yang kecil akan meningkatkan bilangan pesanan yang rugi akibat dari lonjakan kemeruapan ketika berita politik atau data ekonomi disiarkan.
Aras-aras yang paling lazim digunakan oleh pedagang untuk menetapkan aras Renti Rugi dan Ambilan Untung di Forex adalah:
-
Harga rendah dan tinggi tempatan
-
Aras rintangan dan sokongan
-
Nilai malar yang diperoleh dengan kiraan
Contoh meletakkan pesanan pada harga rendah dan tinggi tempatan (intrahari) untuk posisi beli yang sedang aktif.
Bagaimana cara mengira Renti Rugi menggunakan indikator ATR
Kaedah pengiraan Renti Rugi ini salah satu kaedah yang paling lazim. Data yang diperolehi membolehkan pedagang mengira aras Renti Rugi, yang akan lebih tinggi daripada kemeruapan semasa di pasaran dan ia akan berbeza daripada Pesanan Stop para pedagang lain.
Average True Range (ATR) salah satu dari indikator yang terkandung di dalam pakej standard indikator di platform-platform perdagangan popular. Di dalam terminal Metatrader 4/5, alat ini boleh ditemui menerusi menu utama "Insert", pilihan "Indicators", dan seksyen "Oscillators". Adalah penting untuk difahami bahawa nombor ATR adalah indikator kemeruapan pasaran untuk suatu tempoh tertentu, yang membolehkan pedagang melindungi perdagangan daripada pemicuan pesanan Renti Rugi secara tidak sengaja.
Ketepatan pengiraan nilai Renti Rugi menggunakan ATR bergantung pada strategi perdagangan, jadi parameter indikator didarab dengan suatu nisbah. Nilai nisbah yang lazim digunakan adalah seperti yang berikut:
-
Perdagangan scalping - 0.5
-
Perdagangan jangka sederhana dan jangka panjang - dari 2 hingga 4
Berdasarkan kajian, julat nisbah 2-4 digunakan pada rangka masa satu jam (H1) hingga harian (D).
Berikut rupanya dalam bentuk formula:
-
Urusniaga beli: Renti Rugi = harga - nisbah*ATR
-
Urusniaga jual: Renti Rugi = harga + nisbah*ATR
Sebagai contoh, mari kita ambil pasangan EURUSD dengan carta H1 dan teliti langkah-langkah berikut untuk urusniaga beli:
-
Pasang indikator ATR ke carta
-
Takrifkan titik kemasukan menggunakan strategi perdagangan anda
-
Tentukan nilai ATR pada titik kemasukan
-
Darab nilai indikator dengan 2
-
Tolak hasil kiraan daripada harga aset
-
Letakkan pesanan Renti Rugi
Untuk meletakkan Ambilan Untung, nisbah 1/2 boleh digunakan, iaitu darabkan jarak dari harga (titik kemasukan) ke Renti Rugi dengan 2 dan tambah angka ini kepada harga. Ini akan digunakan sebagai aras untuk Ambilan Untung.
Bolehkah aras harga pesanan-pesanan ini dipinda?
Semasa sesi perdagangan berlangsung, pedagang sering ingin menukar aras Renti Rugi dan Ambilan Untung dengan harapan sama ada mahu menyelamatkan posisi atau mahu meraih lebih banyak keuntungan. Sebenarnya, operasi ini mengandungi elemen emosi yang tinggi. Jika pedagang menggerakkan Ambilan Untung ke arah harga, ini membawa kepada pengurangan keuntungan, oleh itu, sejumlah besar urusniaga berpulangan rendah akan terhasil dari sesi perdagangan tersebut, yang tidak akan dapat menampung pesanan-pesanan yang rugi. Terdapat satu peraturan tidak bertulis di pasaran Forex yang mengatakan bahawa nilai yang betul tidak perlu dilaras semula, jadi adalah penting untuk mengetahui cara meletakkan pesanan tersebut dengan betul dari awal lagi.