Berita Forex dan pasaran lain
Psikologi Perdagangan
Psikologi Perdagangan
Psikologi perdagangan berkisar tentang keadaan mental dan emosi pedagang. Ia bahagian yang terpenting dalam pemerdagangan mana-mana aset. Kejayaan dalam perdagangan 80% bergantung pada psikologi. Perdagangan dan psikologi sangat berkait rapat. Adalah mustahil untuk mencapai keuntungan yang baik dalam perdagangan tanpa mengetahui tentang semua perangkap otak manusia. Tiada apa yang boleh merosakkan perdagangan lebih cepat daripada emosi.
Emosi yang paling memberi kesan terhadap perdagangan:
-
Tamak
-
Takut
Ketamakan boleh membuat pedagang mengekalkan posisi terlalu lama untuk cuba memerah setiap sen yang ada daripadanya. Selain itu, ketamakan boleh mendorong pedagang untuk membuka posisi yang berisiko dan spekulatif. Ini paling kerap berlaku berhampiran dengan penghujung pasaran bull apabila spekulasi semakin meningkat.
Ketakutan adalah sebab mengapa pedagang menutup posisi lebih awal untuk mengurangkan kerugian dan mengelakkan risiko tambahan. Ketakutan adalah perkara yang biasa dalam pasaran bear. Ini boleh menyebabkan sesetengah pedagang meninggalkan pasaran secara tidak rasional. Jangan sesekali memandang rendah kuasa psikologi pasaran Forex. Rasa takut boleh bertukar menjadi panik.
Memahami Psikologi Perdagangan
Minda memainkan peranan yang besar dalam kejayaan jangka panjang dalam perdagangan, manakala tingkah laku dan cara berfikir mempengaruhi gaya perdagangan. Terdapat emosi di sebalik setiap urusniaga perdagangan, dan sangat penting untuk memahami apa yang dirasakan dan difikirkan oleh seseorang pedagang pada saat beliau membuka posisi. Ini akan membantu untuk melihat di mana beliau bertindak secara tidak rasional. Kerugian 1 USD atau 50 USD, pastinya menyebabkan anjakan yang negatif pada ekuiti, tetapi kerugian beberapa ribu dolar boleh mencetuskan panik dan tingkah laku yang tidak dapat diramalkan.
Cara Mengawal Emosi
Menguasai psikologi perdagangan adalah satu seni. Pedagang harus mampu menyesuaikan diri. Ramai yang cuba untuk menghapuskan emosi dalam perdagangan tetapi ini adalah 100% mustahil. Sebaliknya, adalah lebih baik untuk mentakrifkan sasaran dan mengingatkan diri anda bagaimana perdagangan boleh membantu anda mencapainya. Terdapat banyak cara untuk meminimumkan kesan emosi pada perdagangan, tetapi sering kali kecekapannya bergantung pada diri setiap pedagang itu sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peraturan umum yang perlu dipatuhi:
-
Cipta peraturan perdagangan anda sendiri dan patuhi peraturan tersebut. Perincikan senario untuk sesi perdagangan bagi setiap pasangan matawang yang anda ingin dagangkan. Ertinya, anda perlu membuka posisi perdagangan hanya apabila harga menepati syarat-syarat yang diterangkan dalam peraturan anda. Ia mungkin kesejajaran dengan indikator atau model teknikal tertentu, atau gabungan kedua-duanya.
-
Simpan diari perdagangan dan buat kajian statistik. Diari harus mengandungi bukan sahaja maklumat tentang masa, saiz lot dan harga, tetapi juga keterangan tentang emosi yang anda alami semasa membuka atau menutup kedudukan.
-
Tetapkan had yang tepat untuk kerugian dan keuntungan untuk satu-satu hari perdagangan dan, jika sasaran ini dicapai, hentikan perdagangan dan matikan terminal.
-
Pedagang perlu memahami risiko untuk meminimumkannya. Oleh itu, apabila membuka suatu posisi, adalah lebih baik untuk membayangkan bahawa urusniaga itu berkemungkinan tidak menguntungkan dan oleh itu adalah lebih baik untuk segera pasrah dengan kerugian tersebut, agar tekanan emosi dapat dilegakan terlebih dahulu dan kesan terhadap jiwa diminimumkan.
-
Anda boleh bermeditasi sebelum mula berdagang atau melakukan sesuatu yang boleh menenangkan anda. Anda tidak boleh berdagang jika anda bimbang atau ada sesuatu yang mengganggu anda.
Pedagang tidak boleh melanggar peraturan-peraturan ini. Walaupun terdapat kerugian, tetapi peraturan dipatuhi, ia tidak akan memberi kesan yang negatif kepada keadaan emosi kerana matlamat pertama dalam perdagangan adalah untuk membuang komponen emosi. Untuk mengekalkan posisi yang rugi untuk masa yang lama dan menderita adalah perkara yang terburuk yang boleh berlaku, selain dari menyesali peluang yang terlepas.
Pelanggaran peraturan membentuk tabiat dan kesan mental yang salah, yang sering dikaitkan dengan penutupan posisi terlalu awal atau membukanya tanpa mempunyai faktor pengesahan yang mencukupi. Dengan mengikuti prinsip-prinsip ini, pedagang akan berasa yakin bahawa kerugian akan hanya minimum dan keuntungan akan diraih dengan stabil.