Berita Forex dan pasaran lain
Berdagang dengan Aksi Harga
Berdagang dengan Aksi Harga
Aksi Harga adalah sistem perdagangan yang universal dan berlandaskan pada tingkah laku harga. Ini bermakna hanya carta harga sudah mencukupi untuk perdagangan, kerana harga sudah pun merangkumi semua maklumat yang diperlukan, sama ada ia berita ekonomi atau politik. Perdagangan dengan aksi harga memberikan peluang untuk menjana pendapatan dengan carta yang secara literalnya "bersih". Ini bermakna bahawa indikator atau expert advisor tidak diperlukan untuk bekerja. Carta itu sendiri dan pemahaman tentang logik pergerakan harga sudah mencukupi.
Apakah yang digunakan dalam perdagangan Aksi Harga?
Sistem ini terdiri daripada sebilangan besar pola carta yang digunakan bersama dengan aras-aras perdagangan.
Pola ialah elemen-elemen yang terulang-ulang di carta yang mencerminkan seperti suatu keteraturan. Pedagang memahami apa yang berlaku di pasaran dengan mentafsir pola carta dan membuka posisi berdasarkan andaian logik yang jelas. Pola boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:
- Pola Penyongsangan Trend
- Head and Shoulders
- Double Top dan Double Bottom
- Pola Penerusan Trend
- Segi Empat Tepat (Rectangle)
- Bendera Bullish (Bullish Flag)
- Bendera Bearish (Bearish Flag)
- Panji Bullish (Bullish Pennant)
- Panji Bearish (Bearish Pennant)
- Pola yang tidak ditakrifkan. Bentuk dua sisi
- Segi Tiga (Triangle)
- Segi Tiga Menaik (Ascending Triangle)
- Segi Tiga Menurun (Descending Triangle)
- Segi Tiga Simetri (Symmetrical Triangle)
- Baji Bullish (Bullish Wedge)
- Baji Bearish (Bearish Wedge)
Aras-aras perdagangan adalah lokasi di carta di mana bekalan dan permintaan terkumpul. Oleh itu, penyongsangan harga atau penerusan pergerakannya boleh berlaku di situ, bergantung pada kekuatan pembeli atau penjual. Terdapat dua jenis aras iaitu:
- Aras sokongan adalah garisan mendatar bersyarat yang digunakan pada carta dan akan melalui harga-harga terendah.
- Aras rintangan ialah garisan mendatar bersyarat yang digunakan pada carta dan akan melalui harga-harga tertinggi aset.
Paling kerap, apabila berdagang dengan Aksi Harga, pola candlestick juga digunakan. Konfigurasi sebatang candlestick dan model-model yang terdiri daripada beberapa batang candlestick ini membolehkan pedagang memahami bagaimana keseimbangan kuasa antara ‘bulls’ dan ‘bears’ telah berubah. Dalam kombinasi bersama aras perdagangan, pola ini berperanan sebagai penapis untuk mendapatkan signal perdagangan yang terbaik.
Aksi Harga dan indikator
Tiada larangan yang ketat terhadap penggunaan indikator dalam kaedah perdagangan ini. Pedagang boleh menggunakan sebarang indikator sebagai penapis atau sebagai asas suatu strategi perdagangan. Walau bagaimanapun, aksi harga versi klasik di Forex tidak menyiratkan penggunaan indikator di atas sebab-sebab berikut:
- Dengan menggunakan indikator, tabiat menganalisis pasaran pada diri pedagang boleh pudar dan hilang dengan sendirinya. Dengan tidak lagi bekerja secara langsung dengan carta, pedagang kini beralih kepada tabiat bekerja dengan indikator yang boleh memberikan signal tertentu, tetapi tidak menunjukkan gambaran keseluruhan apa yang sedang berlaku.
- Semua output indikator dikira daripada harga dan lamban (mempunyai lag, lagging). Sebagai pedoman, kelambanan ini meningkat dengan tempoh indikator yang lebih panjang. Sebagai contoh, signal penyongsangan trend dari persilangan purata bergerak tidaklah begitu teruk kualitinya, tetapi jika pedagang menerimanya pada fasa akhir pergerakan harga, ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Cadangan untuk penggunaan Aksi Harga bukanlah satu peraturan yang harus diikut dengan ketat, jadi pedagang sentiasa mempunyai ruang untuk taktik, kerana sistem ini bersifat universal. Sebagai contoh, pedagang boleh sahaja menambahkan indikator Stokastik sebagai penapis bila berdagang berdasarkan Pin Bar.
Apakah rangka masa yang lebih baik untuk digunakan?
Kaedah ini berfungsi dengan lebih baik pada rangka masa (time frame) yang besar. Jika rangka masa yang lebih singkat digunakan, pengaruh turun naik harga yang rawak meningkat. Sebagai contoh, pola yang sama pada H4-D1 berfungsi jauh lebih baik berbanding jika di M5-M15.
Pasangan matawang manakah yang lebih baik untuk Aksi Harga?
Aksi Harga sangat sesuai untuk pasangan matawang major seperti EURUSD, GBPUSD, USDJPY, AUDUSD dan NZDUSD. Teknik ini juga berkesan dengan pasangan silang yang popular (EURJPY, GBPJPY atau USDCAD dll). Salah satu syarat untuk penggunaan yang berkesan bagi kaedah ini adalah kemeruapan instrumen perdagangan yang tinggi. Lebih besar dinamik pergerakan harga, lebih baik.
Aksi Harga paling tidak sesuai digunakan di pasangan eksotik, kerana terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk pergerakan mendadak yang tidak dapat diramalkan yang terkait dengan, misalnya, campur tangan bank pusat atau pengenaan sekatan terhadap negara-negara yang berkaitan.
Contoh pembukaan posisi perdagangan berdasarkan Aksi Harga
Seperti yang boleh dilihat di carta, aras rintangan dan sokongan sudah ditentukan. Selepas aras sokongan disentuh beberapa kali, harga bergerak ke atas dengan tajam, membentuk pola candlestick Bullish Takeover, mencadangkan bahawa uptrend akan berterusan dengan lebih lanjut. Harga menembusi aras rintangan dan mengesahkannya dengan menyentuhnya beberapa kali.
Titik masuk posisi ditandakan dengan titik biru. Sebagai pedoman, tidak perlu untuk membuka posisi secara serta-merta selepas menembusi aras ini, kerana ia perlu disahkan. Contoh ini berdasarkan carta sejarah pasangan EURUSD, jadi pesanan Ambilan Untung dan Renti Rugi tidak ditunjukkan. Ia mesti dikira dan diletakkan semasa perdagangan masa sebenar ketika membuka posisi.