Berita Forex dan pasaran lain
Berita Yang Bakal Menjelang / 26.09.2022 - 02.10.2022
Berita Yang Bakal Menjelang / 26.09.2022 - 02.10.2022
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jerman QoQ
KDNK Jerman berkembang sebanyak 0.1% pada suku kedua, dibantu oleh perbelanjaan isi rumah dan kerajaan. Perbelanjaan isi rumah meningkat apabila pengguna mula mengembara dan keluar lebih banyak selepas semua sekatan yang berkaitan dengan Covid-19 ditarik balik. Perbelanjaan kerajaan telah meningkat, manakala pengumpulan modal tetap kasar dalam pembinaan telah menurun. Selain itu, terdapat penurunan dalam industri pembuatan dan pembinaan juga. Ekonomi Jerman kembali ke tahap pra-krisis Q4 tahun 2019, tetapi prospeknya tetap rumit di tengah-tengah krisis tenaga yang sedang berlanjutan.
26 September, 13:30, GMT+7
EUR dan pasangan-pasangannya
Unjuran 0.1% (Sebenar 0.1%)
Indeks Iklim Perniagaan Ifo Jerman
Indikator Iklim Perniagaan Ifo memperlahan kepada 88.5 pada bulan Ogos. Ia paras yang rendah sejak Jun 2020, walaupun data jauh lebih baik daripada 86.8 yang diunjurkan. Masalah rantaian bekalan dalam industri telah mereda dengan ketara. Walau bagaimanapun, kemelesetan dijangka akan berlaku, dan penganalisis menjangkakan ekonomi Jerman akan menguncup pada Q3. Di samping itu, suasana dalam sektor runcit benar-benar buruk lantaran dari inflasi yang tinggi.
26 September, 15:00, GMT+7
EUR dan pasangan-pasangannya
Unjuran 86.8 (Sebenar 88.5)
Keyakinan Pengguna CB A.S.
Keyakinan pengguna A.S. meningkat kepada 103.2 pada bulan Ogos bila mana penduduk Amerika menjadi lebih yakin tentang prospek ekonomi. Peningkatan keseluruhan sentimen menyusul selepas data Daftar Gaji Bukan Perladangan (NFP) yang optimis pada bulan lalu dan harga petrol yang lebih rendah.
27 September, 21:00, GMT+7
USD dan pasangan-pasangannya
Unjuran 104.0 (Sebenar 103.2)
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) A.S. QoQ
Ekonomi A.S. merosot sebanyak - 0.6% pada Q2, kurang daripada yang dijangkakan, lantaran dari semakan ke atas perbelanjaan pengguna dan inventori. Walau bagaimanapun, ekonomi secara teknikalnya sudah memasuki kemelesetan, berikutan penguncupan 1.6% pada Q1. Perkhidmatan katering dan penginapan telah meningkat, manakala perbelanjaan untuk barangan telah berkurangan, iaitu untuk makanan dan minuman. Di samping itu, pelaburan swasta dalam inventori telah disemak semula ke atas, walaupun ia kekal sebagai satu kekangan, terutamanya disebabkan oleh perdagangan runcit.
29 September, 19:30, GMT+7
USD dan pasangan-pasangannya
Unjuran -0.6% (Sebenar -0.6%)
Indeks Harga Pengguna (CPI) Zon Euro YoY
Kadar inflasi di Zon Euro kekal di tahap rekod 9.1% pada bulan Ogos, berbanding 8.9% pada bulan Julai. Peningkatan yang tertinggi datang dari sektor tenaga, harga untuk makanan, alkohol & tembakau dan barangan perindustrian bukan tenaga. Tekanan harga telah pun merebak ke semua sektor ekonomi.
30 September, 16:00, GMT+7
EUR dan pasangan-pasangannya
Unjuran 9.1% (Sebenar 9.1%)