Berita Forex dan pasaran lain
Keunggulan Terminal WELTRADE
Keunggulan Terminal WELTRADE
MetaTrader (MT) antara platform perdagangan yang paling lazim ditemui dan telah lama menempa nama di pasaran kewangan di kalangan profesional. Walau bagaimanapun, Tradingview, sebuah projek yang dilancarkan pada tahun 2011, mengatasi pesaingnya itu dari aspek fungsi dan penggunaan yang lebih praktikal. Itulah sebabnya WELTRADE memilih untuk mengintegrasikan platform TradingView untuk terminal webnya, agar pelanggan dapat memanfaatkan peluang-peluang yang terbaik untuk perdagangan yang menguntungkan.
Ada 5 sebab mengapa perdagangan di Terminal WELTRADE lebih menarik dan mudah berbanding di MetaTrader.
-
Antaramuka
-
Fungsi perdagangan
-
Alatan carta dan analisis teknikal
-
Indikator dan objek
-
Komuniti
1. Antaramuka
Pertama sekali, Metatrader kelihatan lapuk memandangkan ia tidak lagi dikemas kini, walaupun pembinanya sekali-sekala menerbitkan kemaskini pembaikan dan tampalan.
Terminal WELTRADE tampak moden dan bergaya. Di skrin, anda boleh melihat semua butang dan panel sekaligus. Menu di sebelah kiri memberikan klien akses pantas ke akaun peribadi, kandungan pendidikan, promosi dan bantuan. Di menu di sebelah kanan terdapat semua butang yang diperlukan untuk membuat deposit dan mula berdagang dengan satu klik.
Satu lagi perincian lain yang memudahkan pengguna adalah betapa anda boleh melihat leveraj margin dan kos per pip, yang penting untuk kira-kira dalam perdagangan.
2. Fungsi-fungsi perdagangan
Berdagang dengan Terminal WELTRADE sangat mudah dan menyenangkan baik untuk pemula mahupun profesional. Tidak perlu berurusan dengan pelbagai butang yang memakan masa, seperti yang dialami oleh mereka yang mula berdagang di MT. Sebaik sahaja anda membuka terminal, serta-merta anda akan dapati segala-galanya intuitif. Daripada pemilihan instrumen perdagangan sehinggalah pembukaan urusniaga perdagangan, anda hanya memerlukan tidak lebih daripada satu minit.
3. Carta dan analisis teknikal
Kejayaan perdagangan bergantung pada analisis teknikal yang berkualiti tinggi, yang mustahil untuk dicapai tanpa alatan carta, dan keunggulan Terminal WELTRADE di dalam aspek ini sukar untuk ditandingi. Tidak seperti MT, Terminal WELTRADE menumpukan 100% fokusnya kepada pencartaan dan inilah salah satu manfaatnya yang terbesar. Terdapat lebih daripada 80 instrumen carta yang tersedia untuk memudahkan visualisasi, manakala MetaTrader hanya menawarkan sekitar 40. Sebagai tambahan kepada beraneka pilihan alatan grafik, Terminal WELTRADE juga mempunyai 7 jenis carta berbanding hanya 3 di MT.
4. Indikator dan objek
Terdapat hanya kira-kira 40 indikator asas di dalam MetaTrader, sebahagian besarnya sesuai untuk pemula, manakala terdapat lebih daripada 100 di Terminal WELTRADE, yang memungkinkan pedagang untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai tingkah laku instrumen perdagangan dan menjadikan perdagangan lebih tepat.
5. Komuniti
Terminal WELTRADE membolehkan pedagang beralih ke laman web TradingView, di mana di sana ada ribuan idea perdagangan, berita penting dan pelbagai lagi perkara lain yang berguna untuk pedagang, termasuk perkongsian analisis, sembang dan pendapat.
Hari ini, lebih daripada 30 juta pedagang di seluruh dunia menggunakan TradingView, yang menawarkan peluang untuk meningkatkan kemahiran perdagangan, berkongsi idea perdagangan, menguji hipotesis atau mencuba bakat sebagai penganalisis blog.