Berita Forex dan pasaran lain
Berita Yang Bakal Menjelang / 17.10.2022 - 23.10.2022
Berita Yang Bakal Menjelang / 17.10.2022 - 23.10.2022
Pengeluaran Perindustrian China YoY (Sep)
Pengeluaran perindustrian China telah meningkat sebanyak 4.2% pada bulan Ogos. Ia menandakan pertumbuhan output perindustrian salah satu ekonomi terbesar di dunia itu meningkat untuk bulan yang keempat, berturut-turut. Kadar yang paling pantas dalam urutan tersebut disusuli oleh penurunan gelombang COVID, dengan pengeluaran semakin rancak di dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan komunal. Sementara itu, volum perlombongan telah memperlahan. Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2022, pengeluaran perindustrian telah meningkat sebanyak 3.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.
18 Oktober, 10:00, GMT+8
CNY dan pasangan-pasangannya
Unjuran 3.8% (Sebenar 4.2%)
Sentimen Ekonomi ZEW Jerman (Okt)
Ini suatu indikator yang penting, memandangkan ekonomi EU secara asasnya berpaksikan ekonomi Jerman. Indikator Sentimen Ekonomi ZEW jatuh untuk bulan yang ketiga ke paras -61.9 pada bulan September. Ini paras yang terendah sejak Oktober 2008. Pada masa yang sama, unjuran untuk enam bulan yang akan datang semakin buruk lantaran dari prospek kekurangan bekalan tenaga pada musim sejuk.
18 Oktober, 17:00, GMT+8
EUR dan pasangan-pasangannya
Unjuran -60.0 (Sebenar -61.9)
Indeks Harga Pengguna (CPI) U.K. YoY
Kadar inflasi tahunan di U.K. di luar dugaan apabila ia mencatat angka 9.9% pada bulan Ogos, masih yang tertinggi sejak tahun 1982. Selain itu, sumbangan terbesar kepada penurunan itu berpunca dari harga bahan api motor, manakala harga bahan api petrol dan diesel meningkat pada bulan Ogos. Harga makanan, pakaian, kasut dan pelbagai barangan dan perkhidmatan juga menunjukkan peningkatan.
19 Oktober, 14:30, GMT+8
GBP dan pasangan-pasangannya
Unjuran 10.2% (Sebenar 9.9%)
Indeks Harga Pengguna (CPI) Zon Euro YoY
Kadar inflasi tahunan di EU melonjak kepada 10% pada bulan September, mencapai angka dua digit buat kali yang pertama dalam sejarah. Inflasi telah meningkat untuk bulan yang kelima berturut-turut, namun jelas bahawa harga masih belum mencapai kemuncaknya. Tekanan telah merebak dari pembekal tenaga kepada barangan lain, seperti makanan, alkohol, tembakau dan produk-produk industri bukan tenaga.
19 Oktober, 17:00, GMT+8
EUR dan pasangan-pasangannya
Unjuran 10.0% (Sebenar 10.0%)
Indeks Pembuatan Philadelphia Fed (Okt)
Indikator untuk keaktifan semasa kembali ke zon negatif dengan kemerosotan ke paras -9.9 pada bulan September. Indeks pesanan baharu kekal negatif, manakala indeks penghantaran juga merosot tetapi kekal positif. Perniagaan melaporkan pertumbuhan pekerjaan yang berterusan, sementara jangkaan untuk kenaikan harga dalam tempoh enam bulan yang akan datang kekal rendah.
20 Oktober, 20:30, GMT+8
USD dan pasangan-pasangannya