Berita Forex dan pasaran lain
Weekly review. 14.11 - 20.11
Weekly review. 14.11 - 20.11
Pasaran Membuat Penyesuaian Menjelang Krismas dan Mesyuarat Fed.
Ringkasan
-
Jualan Runcit A.S. (Okt) meningkat sebanyak 1.3%
-
Indeks Harga Pengguna (CPI) U.K. YoY (Okt) berkembang kepada 11.1%
-
Indeks Harga Pengguna (CPI) EU YoY (Okt) merosot kepada 10.6%
-
Emas susut kepada 1,746 USD
-
Bitcoin didagangkan sekitar USD16,700
EMAS
Pada hari Isnin, emas merosot kepada USD1,745 lantaran dari pengukuhan dolar. Indeks dolar AS masih kekal sebagai salah satu vektor utama untuk orientasi pasaran, yang melonjak daripada aras sokongan penting 105.521, yang menyebabkan pergerakan pembetulan ke bawah pada carta pasangan matawang utama serta emas. Pelabur sedang menantikan mesyuarat Fed pada awal Disember untuk mendengarkan komen Jerome Powell mengenai dasar kewangan. Carta harian menunjukkan bahawa sasaran seterusnya boleh terletak di USD1,725, aras rintangan sejarah yang penting. Aras rintangan utama kekal berada di 1,755 USD, 1,761 USD dan 1,770 USD.
Matawang
Pada bulan Oktober, kadar inflasi tahunan di EU adalah 10.6%, sedikit lebih rendah daripada anggaran awal 10.7%. Tetapi, 75% daripada komponen indeks harga pengguna lebih tinggi daripada 4%, dan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah EU. Di samping itu, disebabkan oleh pendalaman dan perkembangan kemelesetan, tahun depan kita mungkin akan melihat situasi yang tidak kurang menariknya dengan deflasi.
Bilangan permit bangunan yang dikeluarkan pada bulan Oktober serta permulaan pembinaan rumah baru di A.S. terus menurun secara aktif, yang menunjukkan permulaan kemelesetan dalam sektor pembinaan di A.S. Ini bersifat kitaran dan mencerminkan keyakinan orang ramai terhadap kestabilan masa depan. Rakyat Amerika mula hilang kepercayaan terhadap masa depan yang cerah, tatkala jangkaan inflasi sedang tinggi, yang mendorong mereka untuk berbelanja lebih: jualan runcit pada bulan Oktober meningkat secara tidak dijangka sebanyak 1.3% berbanding bulan September dan ini jelas tidak seperti Fed.
Menurut Bank Rizab Persekutuan Philadelphia, bilangan pesanan untuk pengeluaran barangan pada bulan November terus menurun dan sudah hampir ke paras 2020 dan menandakan permulaan kemelesetan dalam sektor perindustrian Amerika Syarikat. Dengan mengambil kira korelasi antara bilangan pesanan dan perolehan sesaham, boleh dikatakan dengan pasti bahawa penurunan berskala besar dalam keuntungan menanti syarikat-syarikat Amerika di masa hadapan, yang dilupakan oleh bulls di pasaran saham AS.
-
EURUSD meluncur ke 1.03107 dengan pengukuhan dolar A.S. dan data ekonomi yang bercampur-campur.
-
GBPUSD mencecah 1.18772 menjelang akhir minggu ini lantaran dari jangkaan pengetatan dasar kewangan U.K.
-
USDJPY meningkat kepada 140.244 di tengah-tengah kenaikan greenback.
-
AUDUSD menjunam kepada 0.66614.
Matawang kripto
Pelombong Bitcoin menjual 135% daripada stok mereka. Sementara itu, koin ini sedang didagangkan di sekitar USD16,700. Pasaran sudah berehat selama sepuluh hari selepas keruntuhan baru-baru ini. Korelasi bitcoin dengan indeks S&P500 telah menjadi negatif dan kini 0.62. Pasaran kripto telah berhenti bertindak balas terhadap dinamik dolar dan indeks saham. Pelabur sibuk memindahkan token daripada bursa terpusat ke 'cold wallet' untuk melindungi matawang kripto mereka. Selain daripada ketua Tesla dan Space, Presiden El Salvador, Nayib Bukele, telah berucap untuk menyokong matawang kripto pertama tersebut. Menurutnya, FTX yang gagal itu adalah bertentangan dengan bitcoin. Hakikat betapa bursa FTX mengendalikan dana pelanggannya secara tidak adil telah disedari lebih awal oleh ketua Binance apabila beliau mengumumkan keengganan untuk membeli platform yang bermasalah itu. Kemudian umum mendapat tahu bahawa sekurang-kurangnya 1 bilion USD dana pelanggan FTX yang dihantar ke Alameda telah hilang.