Berita Forex dan pasaran lain
NADI PASARAN 23.11.2022

NADI PASARAN 23.11.2022
-
Keputusan Kadar Faedah RBNZ 4.25%
-
Indeks dolar AS meningkat kepada 106.896
-
Emas susut kepada 1,735 USD
-
Bitcoin diniagakan sekitar 16,473 USD
Bank Pusat New Zealand (RBNZ) menaikkan kadar sebanyak 75 bp kepada 4.25%. Inflasi terus kekal tinggi dalam semua ekonomi utama. Data baru-baru ini telah menunjukkan bahawa usaha bank-bank pusat untuk melawan kenaikan harga masih belum membuahkan hasil yang boleh diukur, jadi semua ahli ekonomi semakin cenderung kepada kemelesetan yang akan tiba.
Indeks dolar AS, yang kini menjadi tumpuan ramai pedagang, menunjukkan sedikit pemulihan selepas jatuh ke paras 105.521 minggu lalu. Sekarang sukar untuk mengatakan dengan tepat adakah Fed akan menaikkan kadar pada bulan Disember. Kebanyakan pelabur cenderung kepada 50 bp, tetapi penting untuk turut mempertimbangkan indikator-indikator seperti inflasi dan pasaran buruh (NFP), yang menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang lemah.
Bitcoin melonjak semula daripada 15,441 USD, tetapi gambaran keseluruhan untuk matawang kripto pertama masih buram. Pasaran sedang mengalami kesan akibat keruntuhan FTX, dan telah muncul berita baharu mengenai masalah Genesis Block, platform kripto yang popular di Hong Kong, yang memberitahu pelanggannya tentang penutupan operasi dan meminta mereka untuk mengeluarkan dana mereka. Ramai pedagang cenderung untuk percaya bahawa bitcoin mungkin akan jatuh ke sekitara 10,000 USD, aras psikologi yang penting.
XAUUSD
Emas terus merosot ke arah aras sokongan penting 1,725 USD kerana kenaikan greenback. Jika harga turun ke paras ini, logam berharga itu boleh jatuh ke paras 1,703 USD. Semua indikator seperti MACD, Bollinger Bands dan purata bergerak menunjukkan sokongan terhadap kemungkinan penurunan.