Tentang Kami
WELTRADE adalah broker atas talian yang keutamaannya adalah komunikasi terus. Kami selalu mendengar dari pelanggan dan berusaha untuk meningkatkan mutuperkhidmatan kami





Sejarah





































Leret ke kiri dan kanan untuk melihat foto dari acara kami yang lalu
Peristiwa
Anugerah
Pada tahun 2019, WELTRADE mencapai satu lagi kemenangan yang luar biasa. Syarikat ini diiktiraf di pameran antarabangsa Asia Forex Expo 2019 dan memenangi anugerah untuk BEST FOREIGN BROKER tahun 2019. Anugerah ini menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan syarikat yang tinggi diiktiraf oleh para pedagang dari seluruh dunia. Kami tidak bergantung pada kejayaan kami dan terus mengembangkan radius aktiviti kami, sambil mengambil kira perbezaan budaya dan kepentingan pelanggan kami. Penghormatan tinggi seperti ini memberi inspirasi kepada kami untuk bekerja lebih keras untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan kami dalam semua segia.
Pada September 2017, koleksi anugerah WELTRADE telah diperbanyakkan lagi oleh satu lagi anugerah berprestij — Best Customer Service Award 2017. Ini mendorong kami untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami sepanjang masa 7 hari seminggu. Kami sentiasa mencari penyelesaian inovatif untuk memastikan keberjayaan hasil kerja pakar kami.
Pada 25 September 2015, majlis penganugerahan rasmi Anugerah Ekspo Forex di Rusia telah diadakan. Syarikat WELTRADE menerima anugerah dalam Best Affiliate Program. Program gabungan WELTRADE menawarkan rakan kongsinya keadaan kerjasama terbaik dan sehingga 85% spread. Best Affiliate Program adalah anugerah penting dan tahap baru dalam sejarah syarikat kami. Ia sebenarnya adalah maklum balas yang memberangsangkan dari pelanggan kami yang membantu memperbaiki perkhidmatan kami dan mencapai peringkat lebih tinggi.
WELTRADE tidak pernah duduk diam. Pada 2015, dalam pameran antarabangsa Ekspo Forex Shanghai syarikat telah dianugerahkan Best Trade Executions. Majlis selama tiga hari untuk broker, pedagang dan pelabur dari seluruh dunia ini berlangsung setiap tahun di Shanghai. Menerima anugerah bermakna kelajuan dan kualiti pelaksanaan dagangan syarikat sekarang diiktiraf bukan hanya di CIS, tapi juga dalam kebanyakan pasaran kewangan terkemuka di dunia – di China.
Bagi syarikat WELTRADE 2014 adalah tahun pencapaian yang besar. Syarikat ini dianugerahkan Best Customer Service Russia dalam kategori Broker Forex Terbaik untuk profesionalisme tinggi dalam penyampaian perkhidmatan di pasaran kewangan. Juri bukan hanya memberi tumpuan pada perkhidmatan tahap tinggi, tapi juga kualiti sokongan maklumat pelanggan. Syarikat kami menyediakan pedagang dengan perkhidmatan berkualiti tinggi 24 jam. Komunikasi secara langsung dan pendekatan secara individu kepada setiap pelanggan adalah keutamaan kami. Kami sentiasa mempertimbangkan pendapat para pelanggan kami dan cuba menjadikan perkhidmatan kami lebih baik.
Pada 2014, koleksi anugerah syarikat WELTRADE telah diperkaya lagi dengan satu lagi anugerah berprestij dari Business Olimp Awards. Syarikat menerima anugerah ini dalam kategori Company of the Year di pasaran kewangan. Pemilihan pemenang adalah di kalangan bank-bank, syarikat-syarikat pelaburan, insurans dan pembrokeran hebat dijalankan oleh pakar selama enam bulan. Kriteria utama untuk menilai kejayaan syarikat adalah kestabilan kewangan, reputasi dalam bidang aktiviti, pemenuhan permintaan kepada pelanggan dan rakan kongsi, serta kualiti program dan produk kewangan.