Berita Forex dan pasaran lain
Kelebihan Berdagang Pasangan Matawang Eksotik
Kelebihan Berdagang Pasangan Matawang Eksotik
Pasangan matawang eksotik berbeza daripada pasangan matawang major kerana mereka tidak mempunyai kecairan sebaik matawang yang lain di pasaran. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa matawang eksotik yang berbaloi untuk diniagakan kerana aksi harga dan strategi mereka yang unik.
Apakah Itu Pasangan Matawang Eksotik?
Pasangan matawang eksotik ialah pasangan matawang yang terdiri daripada matawang asas utama, seperti USD atau EUR, dan matawang yang berkecairan rendah. Ini adalah matawang negara-negara yang ekonominya sedang membangun dan berpotensi tinggi, contohnya, Turki (USD/TRY), Mexico (USD/MXN), Hong Kong (USD/HKD), Singapura (USD/SGD), Norway (USD/NOK), dan Sweden (USD/SEK).
Antara kelebihan memperdagangkan matawang eksotik termasuklah:
-
Spread yang tinggi. Ini adalah ciri-ciri yang wajib pada matawang eksotik, namun dengan turun naik yang besar yang tiada pada matawang-matawang utama, anda boleh mendapat keuntungan yang baik dengannya.
-
Kemeruapan yang tinggi. Turun naik kadar pertukaran untuk matawang tersebut mengatasi turun naik matawang utama dengan ketara sekali. Pedagang yang mahir tahu bagaimana untuk membuat keuntungan daripada situasi seperti itu, walaupun ia boleh mendatangkan risiko.
Perdagangan pasangan matawang eksotik memberikan peluang pendapatan yang baik. Kemeruapan yang tinggi pada pasangan ini sangat sesuai untuk pedagang yang menerapkan strategi perdagangan yang agresif, serta untuk mereka yang lebih suka berdagang dalam jangka masa sederhana. Ciri-ciri ini terdapat pada semua pasangan eksotik. Kadang-kadang pasangan eksotik menunjukkan julat perbezaan harga yang begitu besar dalam sehari pada tahap yang tidak dapat dicapai oleh aset-aset biasa dalam tempoh seminggu. Pergerakan ini mengimbangi spreadnya yang tinggi.
Bagaimana Memilih Pasangan Yang Sesuai?
Matawang negara-negara membangun selalunya bergantung kepada proses domestik. Pedagang adakala tidak berpeluang untuk menerima maklumat tersebut tepat pada masanya. Kecuali, para pedagang yang tinggal di negara dengan matawang eksotik berkenaan. Walau bagaimanapun, anda sentiasa boleh mencari semua maklumat yang diperlukan di sumber-sumber Internet dalaman negara tertentu.
Senarai pasangan eksotik untuk perdagangan agak besar. Setiap dari pilihan ini akan mempunyai aspek-aspeknya yang tersendiri. Sebagai contoh, USD\MXN ialah peso Mexico yang baharu. Matawang Mexico telah lama tidak stabil, tetapi dengan memperkenalkan peso yang baharu, kerajaan berjaya menghapuskan banyak masalah dan mengukuhkan dasar monetari. Dan sekarang peso antara dua puluh matawang dunia yang paling popular – ini satu petanda yang baik.
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Cuba patuhi peraturan ini:
-
Pilih beberapa pasangan (tidak lebih daripada 3-5) dan bandingkan kadar keberuntungan mereka berdasarkan statistik untuk tempoh 6-12 bulan.
-
Tentukan sempadan pergerakan pasangan untuk suatu tempoh masa tertentu. Ini boleh dilakukan pada carta harian dan pada rangka masa (timeframe) yang lebih kecil. Semuanya bergantung pada strategi perdagangan apa yang anda akan gunakan.
-
Tentukan di mana aras-aras penting perdagangan bagi pasangan berkenaan. Di sinilah terletaknya volum urusniaga yang terbesar. Ini boleh dilihat pada carta di bawah.
-
Kira saiz lot. Ambil kira ke dalam pertimbangan anda bahawa margin semua urusniaga yang aktif tidak boleh melebihi 20-25% daripada jumlah deposit. Adalah disyorkan untuk tidak membuka lot yang besar-besar, terutamanya kerana risikonya tinggi.
-
Apabila membuka urusniaga/posisi, pastikan anda menetapkan Renti Rugi dan Ambilan Untung untuk mengelakkan kerugian yang besar.
Selebihnya Kami Serahkan Kepada Anda
Pasangan matawang eksotik biasanya hanya dinasihatkan untuk para pedagang berpengalaman yang sudah tahu cara untuk mengira risiko, dan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kadar pertukaran. Pedagang juga harus pandai mencari maklumat mengenai pasaran yang akan membawanya ke arah keuntungan.
Walaupun perdagangan matawang eksotik tidak semudah perdagangan pasangan matawang major, mereka menawarkan peluang yang sangat menguntungkan. Setiap beberapa tahun biasanya akan berlaku krisis matawang di pasaran-pasaran membangun. Akibatnya, beberapa matawang bergerak sebanyak 20-30%. Situasi ini menawarkan pedagang forex peluang yang jarang-jarang dapat dilihat pada pasangan matawang major. Oleh itu, adalah berbaloi untuk mempelajari mengenai matawang ini dengan lebih lanjut dan menambah satu lagi lubuk perdagangan anda.